klik sini

Tuesday, January 8, 2013

JENAYAH

1Berbunuh-bunuhan Sesama Islam
Daripada  Abu Bakrah Nufai` bin al-Harith al-Saqafi RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Apabila dua orang Muslim berbunuh-bunuhan, maka pihak yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka." Abu Bakrah bertanya: “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh memanglah masuk neraka tetapi bagaimana orang yang terbunuh pun masuk neraka?” Jawab baginda: “Kerana dia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak membunuh lawannya.”
2Jauhi Arak Untuk Keselamatan Negara
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya 
3Yang Memabukkan Tetap Dilarang
Dari Abu Musa RA ia berkata: "Ya Rasulullah, saya tinggal di suatu daerah di mana orang membuat sebangsa minuman keras dari madu dan dinamakan mereka al-Bit'u dan sebangsa minuman keras lagi dari gamdum dan mereka namakan al-Mizru." Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap minuman yang memabukkan adalah haram (terlarang)!"
4Jangan Mengintip!
Sesiapa yang mengintip atau memandang di dalam rumah sesuatu kaum tanpa izin mereka maka sesungguhnya halallah bagi mereka mencungkil matanya.
5Berzina dengan isteri jiran
Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan katanya : Aku bertanya : Ya Rasulullah! Manakah satu dosa yang paling besar? Baginda bersabda : Engkau menjadikan sekutu bagi Allah sedangkan Ia yang menciptakan engkau. Aku bertanya : Kemudian apa ? Baginda bersabda : Engkau membunuh anak mu kerana takut ia makan bersama mu. Aku bertanya : Kemudian apa ? Baginda bersabda : Engkau berzina dengan isteri jiran mu.
6Seawal-awal Perhitungan Antara Manusia
Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : Yang mula-mula diputuskan di antara manusia pada hari kiamat ialah pada darah.

No comments:

Post a Comment

iklan