klik sini

Sunday, January 6, 2013

AKIDAH

1.Jarak Syurga Dan Neraka
Daripada Ibnu Masu’d RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Syurga itu lebih dekat kepada setiap kamu daripada tali capalnya. Begitulah juga neraka.”

2.Syahid Jalan ke Syurga

Daripada Jabir RA katanya, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW pada hari Uhud, katakan kepadaku, kalau aku terbunuh (dalam peperangan ini), di mana aku? “Jawab baginda, “di syurga”, lalu lelaki itu segera meletakkan beberapa biji tamar yang ada di tangannya, kemudian dia berperang sehingga mati terbunuh.

3.Beriman dan Istiqamah dalam Amal Bukti Islam

Daripada Abu Amru yang dikenali juga dengan Abu Amrah iaitu Sufian bin Abdullah as-Saqafi RA katanya, “Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku mengenai Islam dengan jelas supaya aku tidak perlu lagi bertanya kepada seseorang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah, “Katakanlah, aku beriman kepada Allah kemudian berpegang teguhlah di atas jalan yang lurus.”

4.Balasan Syurga Yang Teramat Indah

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: Allah berfirman: "Aku telah menyediakan untuk hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia."

5.Penghuni syurga ialah sebaik-baik muslim
Dari Abdullah, katanya: "Bersabda Rasulullah SAW kepada kami: "Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?" Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: "Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?" kata Abdullah, "kami pun mohon diperbanyakkan lagi". Akhirnya Rasulullah SAW berkata: "Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih."


6.Diharuskan Menangis Kepada Orang Yang Meninggal Dunia

Daripada ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas'ud RA, kemudian Rasulullah SAW. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya.

7.Syahid Jalan ke Syurga

Daripada Jabir RA katanya, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW pada hari Uhud, katakan kepadaku, kalau aku terbunuh (dalam peperangan ini), di mana aku? “Jawab baginda, “di syurga”, lalu lelaki itu segera meletakkan beberapa biji tamar yang ada di tangannya, kemudian dia berperang sehingga mati terbunuh.

8.Beriman dan Istiqamah dalam Amal Bukti Islam
Daripada Abu Amru yang dikenali juga dengan Abu Amrah iaitu Sufian bin Abdullah as-Saqafi RA katanya, “Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku mengenai Islam dengan jelas supaya aku tidak perlu lagi bertanya kepada seseorang selain daripada engkau.” Sabda Rasulullah, “Katakanlah, aku beriman kepada Allah kemudian berpegang teguhlah di atas jalan yang lurus.”

9.Mentauhidkan Allah SWT

Daripada  Abu Sufian ya`ni Sahri ibni Harbin RA dalam ceritanya yang panjang lebar berhubung dengan kisah Hirqal (Raja Rom). Tanya Hirqal, “Apa yang diperintahkan kepada kamu (ya`ni Nabi SAW)?” Jawab Abu Sufian : Dia (ya`ni Nabi) berkata “Sembahlah Allah Yang Esa dan jangan menyekutukannya (Allah) dengan sesuatu apa pun. Tinggalkan semua ajaran nenek moyang kamu dan dia (Nabi) menyuruh kami bersembahyang, bercakap benar, memelihara diri daripada kemungkaran dan menghubungkan silatul rahim.”

10.Lestarikan Kemerdekaan Dengan Perpaduan

Dari Amir bin Saad dari bapanya RA katanya: Pada suatu hari Rasululah SAW datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu'awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda. Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda: Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.

No comments:

Post a Comment

iklan