klik sini

Wednesday, September 8, 2010

Sejarah Hari Raya Aidilfitri



Sumber:http://w ww.s epak u.net/ sepak u- nur -addin/9754- sejar ah- har i- r aya.htm l

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.
Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada
masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu,
mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah
perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam
menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih
bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau
Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.
Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat
mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan
minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan
menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan
akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita
sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.
Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik
kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian
manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir danber tahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan
bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang
baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-
hati akan mati, iaitu hari kiamat.”

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke
masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah
dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih
atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam
menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti
boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih
muih terlalu banyak.

iklan