klik sini

Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

Gunung Berapi


Persekitaran atau pun alam sekitar adalah perkara yang berkait dengan semua isi perut di muka bumi atau benda hidup di muka bumi iaitu manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan termasuk gunung-gunung, bukit-bukau, sungai, udara dan sebagainya. Kesemua hidupan di muka bumi ini adalah berkait ataupun bergantung sesama sendiri. Bagaimana proses kebergantungan ini berlaku? Manusia memerlukan makanan, air yang bersih dan udara untuk hidup. Kita menggunakan 50 peratus daripada tanah di muka bumi untuk pengeluaran makanan dan 50 peratus daripada bahagian muka bumi untuk mendapatkan air bersih. Manakala hidupan lain di bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan dan hidupan laut turut berkait dengan hidupan lain dan ia diapnggil ekologikal sistem. Di dalam ekologikal sistem ini, semua hidupan di muka bumi ini memainkan peranan penting kepada manusia seperti mengeluarkan makanan, air bersih dan memberi oksigen untuk manusia bernafas. Namun begitu, dalam hubungan manusia dan alam sekitar, satu perkara atau isu yang akan wujud iaitu pencemaran. Manusia adalah punca utama kepada kemusnahan alam sekitar.


Dalam membincangkan perkara mengenai alam sekitar, kita tidak dapat lari dengan isu pencemaran. Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi. Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia. Namun begitu disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut kita terpaksa menanggug risiko yang akan memberi kesan dan memudaratkan kehidupan masyarakat.

Sekiranya kita lihat fenomena pada hari ini, bencana berlaku secara tiba-tiba, banjir berlaku tidak bermusim, tanah runtuh dan kemarau dan jerebu yang berlaku hampir sepanjang tahun. Perkara ini adalah berpunca daripada alam sekitar yang tercemar akibat ketaksuban manusia dalam mengejar arus pembangunan dan permodenan. Isu pencemaran merupakan isu global yang perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama diperingkat antarabangsa. Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara. Justeru itu, langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini.

Jika kita teliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri. Ini membawa kepada maslah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini. Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk iaitu tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan juga tanah. Tekanan yang kedua ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran. Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, pemusnahan ozon dan hujan asid.


Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemar. Terdapat berbagai cara pencemaran boleh berlaku. Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi dan pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda. Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi. Lahar yang dikeluarkan oleh gunung tersebut telah memusnahkan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan terlibat.

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia sama ada sengaja atau tidak disengajakan. Manusia mengguna dan menyesuaikan diri dengan unsur-unsur alam semulajadi seperti hutan, bahan galian,air,udara,tanah,sumber-sumber laut dan bahan api menerusi proses pengeluaran. Proses-proses pengeluaran ini berkait rapat dengan sistem ekonomi serta perkembangan dan pertumbuhannya. Sikap memandang sesuatu dari perspektif keuntungan menimbulkan sifat mengeksploitasi alam sekitar tanpa memperkirakan kepupusan sumber-sumber alam semulajadi.

Hutan memang mempunyai nilai kormesial dalam ekonomi negara. Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan matawang asing. Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Aktiviti ini telah mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar. Eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan dan sebagainya telah menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Contohnya banjir yang melanda beberapa kawasan seperti India, Bangladesh dan kawasan-kawasan Asia yang lain telah mengurangkan sumber air sungai yang bersih untuk kegunaan sehari-hari dan memusnahkan hasil-hasil tanaman yang lain. Kesannya pula, kerajaan negara tersebut terpaksa membelanjakan kira-kira RM140 juta hingga RM750 juta sebagai perbelanjaan banjir. Di Malaysia, beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai tragedi hitam seperti tragedi Pos Dipang di Kampar, Perak dan tanah runtuh di Genting Highlands dan beberapa lagi peristiwa yang telah mengorbankan banyak nyawa didapati berpunca daripada sikap manusia yang mementingkan keuntungan melalui cara meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan manusia dalam pengurusan alam sekitar.

Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas. Justeru itu, wujudnya krisis wabak-wabak penyakit yang ganjil dan serius. Hal ini berlaku akibat daripada pencemaran udara yang berlaku kesan daripada kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor yang menimbulkan banyak masalah seperti pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi. Contohnya plumbum, sejenis bahan kimia yang sangat beracun yang terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor. Unsur ini boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak.Apabila kita menarik nafas, udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskan kesihatan kita. Debu-debu dan gas-gas beracun daripada kilang-kilang dan penyemburan racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut. Di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut. Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah menyerang beratus-ratus keluarga nelayan dan dikenali sebagai penyakit Minamata.

Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan lain. Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung. Tumpahan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Di samping itu, minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup di dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati.

Semakin hari bumi semakin tercemar. Pencemaran semakin menjadi-jadi. Meskipun pelbagai langkah telah diambil namun semunya hanya dasar di atas kertas tanpa mendapat sambutan dan dipraktikkan oleh pelbagai pihak. Malah di dalam dasar wawasan 2020 sendiri telah menerangkan bahawa di dalam melayari arus pembangunan ekonomi, Malaysia akan memastikan sumber alam semulajadi tidak akan dipersia-siakan. Justeru itu, kita perlu sama-sama menggerakkan masyarakat, ibu bapa, guru-guru, majikan, Badan Bukan Kerajaan, agensi-agensi kerajaan dan swasta agar proaktif dan sistematik serta berterusan dalam memberikan bimbingan dan dorongan serta contoh kepada generasi muda akan datang yang akan mentadbir bumi kelak untuk menjaga alam sekitar.

Seperti firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 41: "Berlakulah kerosakan (bencana) di daratan dan lautan oleh kerana tangan manusia sendiri., sehingga Allah menimpakan kepada mereka sebahagian azab daripada perbuatan mereka itu, agar mereka kembali kepada jalan yang benar(bertaubat)”.

Malaysia yang dianugerahkan oleh Pencipta Alam dengan alam yang bersih, indah dan selamat akan menjadikan warga Malaysia sebagai manusia yang sihat, ceria dan tenteram.

Wednesday, April 28, 2010

BERITA GEMPAR DARI NASA !!! (YAKJUJ & MAKJUJ)



WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.

“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”. “Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu.

“Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”

“Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”. “Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”.

“Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”. Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

“Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata sumber.“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?”

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

“Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya.

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

~ Terjermahan bebas ke Bahasa Melayu.. Sumber asal Derro Found Living Under The Earth

Monday, April 19, 2010

Imam Mahdi versus Dajjal

Imam Mahdi as. Beliau adalah Muhammad bin Abdillah Al Alawi Al Fathimi Al Hasani. Munculnya beliau di muka bumi ini merupakan satu bagian dari sejumlah tanda –tanda kiamat yang mulai dekat. Beliau lahir sebagaimana manusia biasa, belajar ilmu agama di kota Madinah pada waktu itu manusia tidak mengetahui bahwa ia adalah Imam Mahdi.
Ciri-ciri fisiknya.
Muhammad bin Abdillah Al Mahdi adalah seorang pemuda yung usianya hampir mencapai 40 tahun. Warna kulitnya coklat, hidungnya mancung, dahinya lebar, berjenggot tebal, pada pipinya ada tahi lalat, postur tubuhnya tegap, tidak terlalu gemuk, berbicaranya gagap jika ucapannya lambat ia memukul paha kirinya dengan tangan kanannya.sehingga ucapannya menjadi lancar.
Waktu dan tempat kemunculannya.
Tanda kemunculan Imam Mahdi yang terkuat adalah wafatnya seorang khalifah kemudian terjadinya persengketaan tiga putra khalifah untuk menguasai Makkah namun tak seorangpun yang berhasil menguasainya, lalu muncul panji-panji hitam dari arah Khurasan (Ashabu Rayati As sud) kedatangan mereka untuk memberi dukungan penuh kepada Imam Mahdi. Tentang kelompok panji hitam ini ada yang berpendapat bahwa mereka adalah Taliban dan Al Qaidah yang berada di Khurasan (Afghanistan). Karena ciri-ciri lahir mereka mirip dengan apa yang disebutkan dalam banyak atsar diantaranya bendera mereka berwarna hitam,. Serban mereka serba hitam, pakaian mereka putih terlihat unik, mereka memelihara rambut. (baca kitab Al Fitan, Nu’aim Bin Hammad. Hal18.
Tanda-tanda alam kemunculannya.
Sedangkan tanda-tanda alam yang mengisyratkan kemunculannya adalah gerhana matahari dan bulan pada bulan Ramadhan yang didiringi oleh suara keras di bumi dan adanya bintang berekor kemudian disusul oleh adanya huru-hara, kekacauan dan malapetaka dibulan Syawal, Pertikaian dan konflik yang terjadi di bulan Dzulqa’dah disusul peristiwa perampokan dan pembantaian jamaah haji hingga darah menggenang di Jumratul Aqabah, lalu dibulan Muharram dibaiatlah Imam Mahdi oleh sejumlah kaum muslimin.
Proses pembaiatan Imam Mahdi
Imam Mahdi adalh seorang pemuda shalih, ia tidak berambisi menjadi pemimpin. Proses pembaiatannya dilakukan secara paksa oleh beberapa kaum muslim yang menemuinya disebuah tempat antara maqam Ibrahim dan rukun Ka’bah. Awalnya Imam Mahdi menolak karena melihat betapa berat persoalan yang akan dihadapi. Sehingga pada suatu malam Allah mengislahnya. Begitu ba’iat selesai dia dan pasukannya langsung bersiap-siap untuk memasuki kancah pertempuran. Penaklukan dunia secara total dan membersihkan dunia dari kebatilan.
Awalnya pasukannya berjumlah kecil namun peristiwa ajaib dengan tenggelamnya sepasukan musuh yang mengejarnya membuat banyak kaum muslimin yang lain dari pemuka Syam dan Iraq mendukungnya, namun pendukung terbesarnya berasal dari Ashabu Rayati As sud dari Negara Afghanistan.
Penaklukan dan ekspansi Imam Mahdi
Setelah proses pemba’iatan Imam Mahdi selesai maka mulailah dia melakukan penaklukan-penaklukan. Dengan izin Allah wilayah-wilayah yang akan dia taklukannya adalah:
1. Bani Kalb (pendukung Sufyani)
2. Jazirah Arab yang meliputi Saudi, Yaman, Uni Emirat Arab, Kuwait, Qatar, Oman dan seluruh kawasan Jazirah.
3. Persi/Iran (Syiah), kaum Syiah kecewa karena Imam Mahdi bukan berasal dari kalangan mereka. Mereka melawan Imam Mahdi namun belliau berhasil menghancurkan mereka.
4. Penaklukan Baitul Maqdis dan Palestina seluruhnya.
5. Malhamah kubra di Al Qur'an’ maq dan Dabiq (Damaskus). Ini mereupakan pertempuran paling dahsyat yang terjadi antara pasukan Imam Mahdi dan pasukan Rum. Perang ini terjadi selama empat hari berturut-turut, sepertiga dari kaum muslimin lari dari pertempuran. Sepertiga lagi mati syahid dan sepertiga sisanya mendapat kemenangan.
6. Penaklukan China, Rusia dan India.
7. Penaklukan Konstantinopel (Turki sekuler), penaklukan ini tidak memakai senjata tetapi hanya menggunakan takbir dan tahlil.
8. Perang melawan Dajjal bersama tujuh puluh ribu Yahudi.
9. Penaklukan Roma seluruhnya.

Wafatnya Imam Mahdi
Imam Mahdi tidak hidup lama setelah datangnya Isa As. Ia wafat dan dishalati oleh kaum muslimin. Sepeninggalnya maka Al Qahtani akan menggantikan Imam Mahdi dalam memimpin kaum muslimin, kebaikan dan keutamaannya sama denagan Imam Mahdi. Masa inilah penuh dengan kedamaian dan keadilan.

Dajjal

Dajjal adalah orang Romawi berkulit merah, bertubuh pendek, berambut keriting, dahinya lebar, pundaknya bidang, matanya yang sebelah kanan buta. Pada mata sebelah kirinya terdapat daging yang tumbuh lebih tebal dari sudutnya, diantara kedua matanya terdapat tulisan huruf ka fa ra, dia mandul tidak punya anak. Dajjal akan keluar dari arah timur (Khurasan) dari kampung Yahudi Asbahan, (sekarang berada diperbatasan Iran dan Rusia). Kemudian ia mengembara ke seluruh negeri, tidak ada Negara yang selamat dari fitnahnya kecuali Makkah dan Madinah.ia keluar setelah kaum muslimin berhasil menaklukkan Konstantin.(lihat: Fathul bari: 13:91).

Tanda-tanda kemunculan Dajjal

Dari hadits Tamim Ad Dari disimpulkan bahwa tanda-tanda kemunculan Dajjal adalah pohon-pohon kurma di desa Nakhl Baisan (Palestina) tidak bisa berbuah lagi, keringnya air danau Tahabaria di Palestina dan keringnya mata air Zughar (Syiria) yang biasa mengairi perkebunan sekitarnya. (HR Muslim18:83).

Dimanakah Dajjal sekarang?.

Pendapat yang shahih adalah bahwa Dajjal sudah diciptakan, sekarang ini ia berada disebuah pulau terpencil dan sedang menunggu ketentuan Allah untuk keluar. Hal itu sebagaiman hadits Tamim Ad Dari yang pernah bertemu Dajjal disebuah pulau terpencil saat perahu yang ia naiki bersama kawan-kawannya karam dilaut. Tamim bertemu Dajjal dan al Jasasah, sedang Dajjal saat itu kedua tangannya terbelenggu ke kuduknya, antara kedua lututnya dan mata kakinya diikat dengan rantai besi (HR Muslim 18:78-83).

Keadaan dunia sebelum datangnya Dajjal

Rasulullah SAW bersabda “ sebelum datangnya Dajjal adalah tempo waktu tiga tahun yang sangat sulit dimana Pada waktu itu manusia akan ditimpa kelaparan yang sangat. Allah memerintahkan langit pada tahun pertama untuk menahan sepertiga dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan sepertiga dari tanamannya. Kemudian Allah memerintahkan langit pada tahun kedua agar menahan duapertiga dari hujannya dan memerintahkan bumi untuk menahan duapertiga dari tanamannya. Kemudian pada tahun ketiga darinya Allah memerintahkan kepada langit untuk menahan semua air hujan lalu ia tidak meneteskan setitik airpun dan memerintah bumi unutk menahan semua tanamannya setelah itu tidak tumbuh satu tanaman hijaupun dan semua binatang berkuku akan mati kecuali yang tidak dikehendaki Allah. para sahabat bertanya dengan apa manusia hidup pada saat itu ?. beliau menjawab. Tahlil, takbir dan tahmid bagi mereka sama dengan makan.”(HR Ibnu Majah. Sahih. Lihat As Sahihah 2457).

Lama Dajjal menetap di bumi

Dajjal akan tinggal di bumi selama 40 hari satu hari pertama bagaikan satu tahun, satu hari kedua bagai satu bulan satu hari ketiga bagaikan satu pekan. Hari berikutnya bagaikan hari-hari biasanya. Dalam keadaan seperti ini setiap muslim tetap melaksanakan shalat sebagaimana hitungan satu tahun, satu bulan dan satu pekan (HR Muslim).

Fitnah Dajjal

Dajjal akan datang dengan membawa fitnah yang amat dahsyat sehingga banyak manusia akan tertipu. Diantara fitnah Dajjal adalah sebagai berikut :
1- Dajjal datang dengan membawa surga dan neraka, siapa yang masuk ke surga Dajjal berarti masuk ke Neraka Allah dan siapa yang bersabar terhadap Neraka Dajjal berarti masuk kesurga Allah.
2- Dajjal mampu menghidupkan kembali orang yang telah mati sehingga banyak manusia menyangka bahwa ialah Tuhan yang sesungguhnya.
3- Penduduk negeri yang disinggahi Dajjal lalu mengingkarinya, maka sawah dan ladangnya akan hancur, hewan ternaknya mati kelaparan dan negerinya gersang. sedang yang beriman kepada Dajjal akan memperoleh berbagai sarana hidup.
4- Diantara fitnahnya adalah ia akan memaksa seorang manusia lalu membunuh dan memotongnya dengan gergaji hingga tubuhnya terbelah dua lalu ia menghidupkannya kembali. Dia lalu memaksa orang tersebut beriman kepadanya

Para pengikut dan pendukung Dajjal

Pendukung utama Dajjal adalah 70000 Yahudi Asbahan yang berpakaian tanpa jahitan juga diikuti suatu kaum bermuka gelap seperti tembaga. Orang ajam juga banyak yang mendukung Dajjal, juga orang Turki dan manusia dari berbagai Negara yang kebanyakan orang-orang arab dusun dan wanita.

Terbunuhnya Dajjal ditangan Al Masih

Pada hari terakhir dari pengembaraannya di bumi sampailah Dajjal di Palestina lalu bertemu dengan pasukan Imam Mahdi yang baru kembali dari penaklukan Konstantin, saat itu ia telah bersama Isa AS. Ketika Dajjal melihat Nabi Isa tubuhnya meleleh seperti melelehnya garam dalam air. Lalu Nabi Isa mengejarnya hingga sampailah ia disebuah tempat bernama pintu Lodd, disitulah Nabi Isa menikamya dengan sebilah tombak kemudian tombak yang berlumuran darah itu ditunjukkan kepada kaum muslimin selanjutnya 70000 kaum Yahudi pengikut Dajjal akan dibunuh semuanya sehingga mereka akan bersembunyi di batu-batu dan pohon-pohon namun semuanya memberi tahu keberadaan Yahudi yang bersembunyi dibaliknya kecuali pohon Gharqad. (Al Fitan Wal Malahim 1:128-129).

Cara berlindung dari fitnah Dajjal

Rasulullah mengajarkan kepada setiap mu’min cara berlindung dari fitnah Dajjal diantaranya adalah sebagai berikut.
1. Membaca sepuluh ayat pertama dan terakhir dari surat Al KAhfi
2. Membaca do’a-do’a perlindunagn dari fitnah Dajjal khususnya setiap shalat saat sujud terakhir sebelum tasyahud.
3. Memantapkan iman dengan mempelajari hakikat dan fitnah Dajjal sehingga saat kemunculannya ia mengetahui kebohongan Dajjal.
4. Menetap di Makkah atau Madinah.
5. Berlari atau bersembunyi jika mengetahui bahwa Dajjal mendatanginya. Meskipun ia seorang yang kuat imannya. Karena fitnah syubhat Dajjal sangat dahsyat

iklan