klik sini

Thursday, May 27, 2010

KELALAIAN MEMBAWA PADAH PENYESALAN

Kadang-kala,

Hati ini terlalu lemah untuk menanggung segala dugaanMu,

Kadang-kala,

Hati ini ingin sahaja mengikut kehendak naluri,

Kadang-kala,

Tidak tahan untuk menahan keinginan,

Jika melihat keseronokan yang dialami rakan sekeliling,

Ingin juga kaki ini menjejak mereka,

Kadang-kala,

Iman ini terlalu tipis untuk menangkis,

Kehendak dan naluri remaja ini.


Namun,

Segalanya terbatas tika ini bukan lagi waktunya,

Kematangan perlu ada dalam diri ini agar,

Mampu untuk menahan nafsu keinginan,

Tanggungjawab lebih besar daripada keinginan,

Walaupun mengetahui, kadang-kala diri ini tidak mampu.


Waktu itu,

Tiada apa-apa yang difikirkan,

Hanya kekesalan,

Alam menjadi saksi kelalaian diri,

Menangis, meraung dan meratap,

Tidak mampu mengubah segalanya,

Semuanya telah tertulis,

Dan semua itu datang dari kesilapan diri sendiri,

Yang selama ini hanya memikirkan hiburan dan keseronokan,

Bukan tanggungjawab.


Keseronokan yang selama ini dikejar,

Rupa-rupanya hanya membawa kepada kelalaian,

Yang membawa kepada penyesalan,

Carilah keseronokan yang tidak melalaikan,

Yang tidak membawa kepada padah penyesalan,

Berhiburlah selagi ia tidak melekakan,

Carilah bahagia dengan membaca ayat-ayat suci ALLAH,

Berseronoklah di sepertiga malam dengan bermunajat kepadaNya,

Bergembiralah dengan menyebarkan agamaNya,

Sesungguhnya, kegembiraan seperti itulah yang perlu kita kecapi dalam hidup ini,

Tiada yang lebih indah melainkan zikrullah.

“ (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingat ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang”

(surah Ar-Ra’d: 28)

No comments:

Post a Comment

iklan